DOBI LAYAN DIRI MEMUDAHKAN?

Perkembangan teknologi pada zaman sekarang telah membawa banyak kemajuan. Franchise kedai dobi layan diri tumbuh bagai cendawan selepas hujan, baik di kawasan bandar mahupun di kawasan kampung. Ini merupakan satu perkembangan yang memberangsangkan. Tentu anda akan bertanya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan hal ini berlaku? Salah satu faktor utama adalah dengan adanya mesin- mesin yang canggih di kedai dobil layan diri, segala urusan pembersihan pakaian dapat dimudahkan dari segi tenaga dan masa. Ia bukan sahaja mesra alam, tetapi juga mesra dompet!

Antara kelebihan franchise kedai dobi layan diri adalah: –

Menjimatkan Masa

Merujuk kepada statistik yang kami perolehi, salah satu golongan pengguna perkhidmatan dobi layan diri adalah individu yang bujang, menyewa bilik tanpa memiliki mesin basuh. Mereka sibuk mencari sesuap nasi dan rezeki sepanjang hari, masa yang tinggal untuk mereka mengendalikan urusan kerja rumah adalah terhad. Oleh itu, dengan adanya franchise dobi layan diri, mereka dapat menyelesaikan urusan mencuci dan mengering pakaian dalam jangkaan masa satu jam saja.

Harga Berpatutan

Kos pembelanjaan cucian merupakan salah satu pertimbangan bagi para pengguna perkhidmatan franchise dobi layan diri. Dengan anggaran bayaran serendah RM 8.00, mereka dapat menyelesaikan urusan pembersihan pakaian mereka di kedai franchise dobi layan diri. Harga pembelanjaan ini adalah berpatutan dan tentu sekali tidak akan menjadi satu beban bagi mereka.

Lengkap dengan Peralatan yang ‘User Friendly’

Peralatan dan mesin-mesin yang digunakan di dalam kedai dobi layan diri selalunya ‘User Friendly’. Langkah-langkah penggunaan mesin amatlah senang, kami hanya perlu memasukkan duit syiling ke dalam mesin pembasuh / pengering dan tekan butang “Start”. Segala cucian dan pengeringian pakaian akan beroperasi secara automatik. Tambahan lagi, sesetengah kedai dobi layan diri akan menyediakan mesin token untuk perkhidmatan penukaran wang kertas kepada duit syiling dan ini memudahkan lagi para pengguna di kedai dobi layan diri.

Tidak Perlu Risaukan Keadaan Cuaca

Keadaan cuaca yang tidak menentu selalu membimbangkan para pengguna selepas membasuh pakaian mereka. Mereka takut cuaca cerah akan tukar menjadi hujan sekelip mata sahaja apabila menjemur pakaian di luar rumah. Jikalau menjemur di dalam rumah, takut pula pakaian akan berbau hapak. Oleh itu, dengan adanya mesin pengering yang terdapat di dalam franchise dobi layan diri, masalah tersebut dapat ditangani secara efektif.

Masa untuk Aktiviti Lain

Perkhidmatan dobi layan diri bukan sahaja mudah dan menjimatkan masa malah para pengguna boleh melakukan aktiviti lain semasa menunggu giliran ataupun semasa mencuci/mengering pakaian mereka. Mereka boleh mengunjungi kedai serbaneka yang berdekatan untuk membeli barang keperluan harian, ataupun menikmati makanan dan minuman mereka sementara mesin-mesin di kedai dobi layan diri akan menjalankan proses pembersihan pakaian mereka secara automatik

Masa Operasi

Salah satu keistimewaan franchise kedai dobi layan diri adalah ia beroperasi selama 24jam dan para pengguna boleh mengunjungi kedai mengikut masa kesesuaian sendiri. Masa operasi yang panjang itu bukan sahaja memudahkan para suri rumah tangga menguruskan urusan pembersihan pakaian di waktu pagi, malah bagi individu yang mencari rezeki pada masa pagi, mereka boleh menikmati perkhidmatan tersebut pada waktu malam. Namun begitu, semenjak Covid-19 melanda negara pada tahun 2020, waktu operasi kedai dobi layan diri telah dihadkan oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid-19.